Bahagia apabila dapat membahagiakan


Amalan sedekah
Sedekah amalan mulia


ANAK dari sekolah mana, tinggal dimana?, tanya saya pada seorang pelajar yang duduk semeja dengan saya kala waktu makan tengahari.


Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan
Seronok tengok wajah anak-anak yang gembira

"Dari Sembulan, Sekolah Menengah Tun Fuad," katanya tenang sambil memandang rakan sekolah disisi yang kelihatan begitu gembira memegang beberapa keping sampul yang diterima tadi.


Masjid Nurul Hikmah, Bukit Padang


Didalam dewan makan Masjid Nurul Hikmah, Bukit Padang lebih kurang 10 minit ke bandar Kota Kinabalu, saya mula membilang lebih kurang 50 orang yang sudah mendaftar. Sayu hati melihat wajah anak2 ini, ada yatim piatu, ada anak-anak asnaf, ada anak istimewa dan ada yang hidup mereka sekadar apa adanya"

Di satu sudut pula saya leka memerhati kelibat si ayah setia disisi anak yang dalam lingkungan usia 13 tahun. Aksi si ayah yang sudah dimamah usia melayan anak istimewa begitu menyentuh hati, begitu mendalam kasih seorang ayah.






Tazkirah ringkas oleh ustaz Awaludin tentang berkongsi rezeki membuat hati bersyukur dengan rezeki yang Allah beri pada kami di bumi Sabah melalui perniagaan Tasly Sabah, Kelas Online, Sewa Bilik Seminar di Sabah dan Bilik Seminar Kuala Lumpur. Dalam majlis ini saya berkongsi rezeki dan kasih sayang bersama anak-anak ini.






Masjid Nurul Hikmah Bukit Padang
Seronok dengar tazkirah ustaz


Program Syaaban 


Ia adalah anjuran bersama Masjid Nurul Hikmah & PERTIWISA di Sabah adalah sebahagian matlamat memberi cahaya kegembiraan buat anak-anak generasi masa depan. Pelbagai sumbangan yang mereka terima dari insan2 yang berjiwa besar.


Program Syaaban anjuran bersama Masjid Nurul Hikmah & PERTIWISA
Wajah anak-anak gembira


Program Syaaban anjuran bersama Masjid Nurul Hikmah & PERTIWISA
Gotong royong malam tu


Program Syaaban
Makan tengahari dalam dewan


Program Syaaban
Gembira melihat senyuman anak-anak ini


Usai majlis, hati kami puas melihat senyuman terukir di bibir 50 anak-anak dari sekolah2 sekitar Kota Kinabalu, Sabah. Moga Allah lindungi mereka dan satukan hati-hati kami untuk terus istiqamah berkongsi rezeki dan membuat amal kebajikan.

Anda tiada masa untuk SAKIT KEPALA!

Masalah sakit kepala merupakan masalah kesehatan yang banyak orang alami.
RAMAI yang mengalami sakit kepala

Hari ni dah masuk 3 hari ani sakit kepala. 


Pagi minggu ni Fiza, kawan sebilik yang kasihan melihat ani kelihatan  membancuh sesuatu di dapur.

"Nah cuba ambil ni,, kau cuba minum ni" kata fiza sambil memberi cawan yang berisi air yang dibancuhnya tadi.

Ani terus ambil dan minum. "Rasa apa ni," tanya ani sambil berkerut kepala.

"Kau minum jer, lepas tu kau tidur. Nanti insyaAllah hilang sakit kepala kau tu." sambung fiza sambil memberi segelas air suam kepada ani.


Air masak baik untuk melancarkan toksin
Selepas minum air masak ani pun terus tidur



Sebaik terjaga...

"Eh fiza, kau bagi aku minum apa tadi. Baik kau cakap dengan aku," tanya ani sebaik terjaga dari tidur.


"Kenapa?"


"Kepala aku dah lega sangat. Aku dah makan macam-macam sebelum ni tapi tak selega ni. Apa yang kau bagi aku minum tadi?"

Maka fiza pun berkongsi kepada ani khasiat herba Tasly B-Cleansing bagi menambahkan pengaliran darah, membaiki peredaran-mikro serebral dan menambahkan oksigen.


Keterangan lanjut boleh hubungi :

Perunding Kesihatan Tasly, Siti Mardiah  019-2266478




Tasly B Cleansing
Tiada lagi Sakit Kepala

Setiap hari berniaga di kaki lima adalah hari yang ceria


Perniagaan Tasly
Menjaja di tepi kaki lima



Setiap hari adalah hari yang ceria.


Awal berniaga #Tasly ini kerja saya. Sedang saya menjaja di tepi kaki lima dan bawah khemah tengah panas terik, ada seorang mak cik singgah,

"Kesian ko nak, berjual tengah panas macam ni. Tak ada kerja lain ke nak?. "

Saya senyum dan menjawab, "Cari makan anak-anak cik. Marilah makcik periksa kesihatan, rm10 jer mak cik"

Mak cik tu pun singgah dengan gembira.


Peniaga tepi jalan 

Bila jadi peniaga tepi jalan memang banyak dugaan nya, tapi saya pesan dengan rakan niaga yang nak turut serta untuk sabar dan istiqamah. Saya ingat pesan arwah mak, "Berniaga ni mardiah kena banyak sabah, kadang untung, kadang rugi. Tapi kalau tak dapat duit kita dapat pahala sedekah kat orang."

Jadi setiap hari dari lepas subuh saya dah siap-siap sampailah jam 12 malam baru kemas barang balik, penat satu badan. Sampai rumah terus tidur, esok sambung nak berniaga lagi.


Beberapa nasihat untuk mereka yang nak berniaga kali lima :-


1. Buat je, "Orang yang tahu dengan orang yang tak tahu bezanya sikit je. Yang paling penting buat je".

2. Jangan terlalu berharap besar, nanti kecewa besar.

3. Jangan takut, rezeki masing-masing.

4. Keyakinan diri dan kesabaran menguji ketabahan.

5. Jangan harapkan simpati orang lain, apa yang nak dimalukan kita berusaha menjual.

6. Berniaga kaki lima, mengajar sebenar anda menjadi peniaga sejati. Jatuh bangun dalam bisnes mesti teruskan dalam berbisnes.

7. Asas utama berniaga adalah menjual.



Rezeki dari Allah, mohon dari Allah.

.
.
#usahawansangpencerita51
#rodarodakehidupan
#rezekiberniagamlm

"Kenapa lah aku tak belajar Online awal-awal dulu?...

Serius…


Dunia sekarang sedang menelan kita. Harga barang semakin meningkat, belanja jangan cakaplah. Memiliki perniagaan online pada masa kini adalah menjadi satu keperluan bagi setiap orang.


Kehidupan impian
Siapalah yang tak impikan percutian begini?

Sejarah dulu..

Hampir 12 tahun saya berniaga dari pagi hingga ke malam. Dari pejabat, ekspo, karnival dan kompleks dan amat jarang berehat. Saya sentiasa impikan setiap masa wang datang kepada saya. Masa makan, masa tidur, masa tengok TV dan masa bercuti pun wang akan tetap masuk. Dan saya selalu terfikir-fikir bagaimana?.



Belajar online untuk bisnes anda
Dulu saya bergerak dari satu tempat ke satu tempat



Banyak faedahnya belajar online
Tiada rehat





Belajar Online
Sepanjang masa bekerja

Bisnes OFFLINE



Cabaran bisnes OFFLINE ni kadang-kadang tak der jualan langsung tapi saya istiqamah, teruskan juga sebab itu sahaja kemahiran yang ada.

Hingga pada suatu hari...

2014 - Saya berhijrah ke Kota Kinabalu, Sabah. Satu hari entah macamana saya terbaca satu artikel di internet dan terjumpa satu artikel tentang perniagaan di internet.

Inilah 7 kelebihan memiliki perniagaan online :-


  1. Tak perlu modal yang besar
  2. Tak perlu ada kedai fizikal
  3. Tak perlu ada staff
  4. Tak perlu balik tengah malam
  5. Jimat duit minyak 
  6. Jimat masa dengan promosi melalui online 
  7. Pelanggan buat keputusan tanpa paksaan

Saya tertarik dengan konsep perniagaan online begini dan mula nak berguru secara serius. Saya pun belajar online secara konsisten dan segala yang berkaitan pemasaran di internet. Sebutlah apa sahaja seminar atau kursus semua saya redah dari sifujamal, seminar google, seo, facebook, bina website, wordpress dan lain lain. Banyak seminar, kursus dan bengkel saya hadiri hingga ke Sg Petani semata-mata untuk upgrade kan hidup melalui ilmu online ni.



Memang banyak perbezaan bila dah belajar ni.
Belajar Google 


Bersama Firdaus Azizi
Kelas FB bersama coach Frdaus Azizi



Ilmum online penting
Belajar bina web di Sg Petani


Bina masa depan
Belajar tanpa jemu

"RUPA-RUPANYA SAYA TERSILAP"


"Memang banyak perbezaan bila dah belajar online ni. Tak susah mana pun!. 
Alhamdulillah ilmu Allah bagi ini membantu saya membina sumber pendapatan lumayan untuk mengukuhkan lagi perniagaan saya."

Tapi yang penting lepas belajar mesti amalkan. Belajar online ni satu pelaburan jangka masa panjang yang menguntungkan. Sekarang ni semua orang yang ada perniagaan mesti belajar online. Alhamdulilah memang berbaloi-baloi!.




Belajar online
Anugerah sales tertinggi




Bisnes makin maju
Bisnes pun makin dikenali



Saya terus belajar
Keyakinan pun makin tinggi




Kelas terbuka kepada yang bekerja, suri rumah, student atau sesiapa sahaja yang berminat nak belajar
Setiap hari adalah hari gaji


Mengajar dan berkongsi ilmu adalah perkara yang mulia. Malah ia dituntut oleh agama. Betapa mulianya bila kita mampu menyampaikan ilmu kepada orang lain. Ilmu itu pula dimanfaatkan ke jalan kebaikan. Sesungguhnya ia merupakan antara saham akhirat paling menguntungkan. Dengan berkongsi ilmu yang ada dengan orang lain, akan mudah untuk saya meneroka ilmu yang baru pula. 




Mengajar online
Mengajar dan berkongsi ilmu adalah perkara mulia



Bengkel online
Haa..di kedai kopi pun jadi




Belajar online
Bengkel keusahawanan




Belajar untuk mengajar
Membimbing agen
Personal Online Coaching
Private Coaching

"Nak kata apa, dulu sibuk kerja dan tak tak ada masa nak belajar. Walaupun menyesal tak belajar awal2 dulu, tapi biar lambat.... JANGAN TAK BELAJAR LANGSUNG."



Anda masih belum terlambat!


.

Bengkel Asas Bina Blog & Copywriting akan membantu anda bagaimana ;


1. Cara mudah bina BLOG

2. Teknik mudah menulis ayat-ayat copywriting

3. Blog anda mudah dicari enjin google

4. Teknik memasarkan produk di laman sosial

5. Kenali SEO (Seach Engine Optimization)




Daftar SEKARANG!

012-866 4189 

.
Wasap tanpa perlu SAVE no

http://bengkelonline.wasap.my




TAKE ACTION NOW!!!

Belajar online
Belajar Asas Bina Blog dari ZERO


Kalau aku ada magic aku 'buat' kau berjaya dari mula sampai akhir

Where your focus goes energy flows.
Where your focus goes energy flows



“KALAU aku ada magic aku 'buat' kau berjaya dari mula sampai akhir tanpa sebarang masalah. Tak adalah lagi badan kau dekat sini, tapi fikiran merayau ke tempat lain,” kata saya sambil memandang wajah kawan yang 6 bulan lalu pernah belajar dengan saya dalam bengkel Asas Bina Blog.

"Dah ada ilmu kalau tak ada tindakan, tak kemana pun ilmu tu. Kau belajarlah tinggi langit sekali pun maka mesti ada tindakan. Takat belajar tapi balik tak buat apa yang diajar, maka baik jangan belajar. Tak buang masa, Tak buang duit," sambung saya pada kawan yang merungut masih tak faham buat blog. Bila ditanya rupanya selepas kelas, langsung tak buka blogspot yang dibuat.



Orang berjaya mereka sentiasa fokus, fikir, bertindak untuk capai ‘progress’ kecil dalam hidup atau dalam bisnes.
Ilmu tanpa tindakan adalah sia-sia


Kita semua pasti pernah berada di satu tempat yang mana kita boleh buat sesuatu dengan lebih baik tetapi sebaliknya berlaku. Kita ada plan yang bagus untuk kehidupan, bisnes, tetapi akhirnya ia terjadi tidak seperti apa yang kita harapkan.


Setuju?

Saya dapati ada beberapa corak orang berjaya yang seakan-akan sama antara satu dengan yang lain. Ia sangat berbeza dengan orang yang masih lagi mencari rentak atau bermalas-malasan dalam hidup mahupun bisnes.


[ Artikel Menarik untuk dibaca : Saya bukan anak orang senang ]


KEJAYAAN PERLU PENGORBANAN
Orang berjaya sentiasa fokus


Orang berjaya bukanlah kerana dia memiliki kelebihan orang yang belum berjaya berfikir. Cara berfikir orang berjaya & belum berjaya berbeza. 

Orang belum berjaya ada FEAR & DOUBT.



Apa corak atau ‘pattern’ orang berjaya?




1. ORANG BERJAYA SANGAT FOKUS

‘Where your focus goes, energy flows”. Ini ayat yang sentiasa saya pakai jika ingin buat apa sahaja keputusan terutama dalam urusan perniagaan. ‘Pattern’ ini pun saya nampak jelas dan ‘clear’ bagi individu yang sangat berjaya dalam bidang yang mereka ceburi.


Tony fernandes
Tony Fernandes (Air Asia)


Tony Fernandes (Air Asia)


Adalah antara manusia yang sangat FOKUS dengan apa yang dia buat bertahun-tahun. Biarpun ada cabaran terutama ketika zaman kegelapan bila kapal terbang Air Asia terhempas ke lautan Indonesia, tetap Tony Fernandes tidak akan menukar arus atau model bisnes. 

Bayangkan jika Tony Fernandes hari ini buat syarikat kapal terbang, esok jual kopi, pelik tak?


Begitulah, orang berjaya sangat fokus untuk sesuatu. Bukan lompat-lompat bisnes atau matlamat.



2. ORANG BERJAYA FOKUS KEPADA PENYELESAIAN BUKAN MASALAH

Semua orang ada masalah, namun orang yang berjaya adalah mereka yang fokus kepada penyelesaian bukan masalah.



Jack Ma besarkan Alibaba
Alibaba semakin hari semakin besar.

JACK MA - ALIBABA

Tidak mudah membangun sebuah syarikat apalagi mempertahankannya di tengah persaingan bisnes yang ketat. CEO Alibaba Jack Ma jatuh bangun belajar dari pengalamannya hingga mampu membawa Alibaba menjadi raksasa e-commerce dunia.

Jack Ma pernah bersedih dalam bisnes. Jack Ma pernah di kecam dan banyak tekanan untuk beliau besarkan Alibaba. Tetapi lihatlah sekarang, Alibaba semakin hari semakin besar.


Kenapa?

Kerana susahawan seperti Jack Ma hanya fokus kepada penyelesaian masalah. Bukan memendam rasa, melayan gelora jiwa memikirkan masalah.



3. ORANG BERJAYA FOKUS KEPADA ‘PROGRESS’

Ya, setiap orang ada sasaran yang ingin dicapai. Kecil atau besar, bergantung kepada individu atau syarikat. Namun begitu, ada satu lagi corak pemikiran orang yang berjaya yang jarang dimilik oleh orang biasa.


Berntindak untuk capai progress kecil dalam hidup
Orang berjaya FOKUS kepada PROGRESS


Orang berjaya mereka sentiasa fokus, fikir, bertindak untuk capai ‘PROGRESS’ kecil dalam hidup atau dalam bisnes.

Kenapa?


Kerana ‘Progress = happiness’

Tanpa progress, hidup atau bisnes akan jadi sangat ‘plato’ dan tidak berkembang. Walaupun bisnes masih ditahap ‘boleh buat duit’, tetapi bila mana bisnes ‘plato’ atau mendatar, seseorang akan rasa bosan dan jika tidak diubati, seseorang akan 
rasa ‘tawar hati’ dengan apa yang dilakukan. 

Lebih teruk, mereka akan mula mencari keseronokan baru yang memberi kesan negatif kepada syarikat. Contohnya mula membuka bisnes yang tidak ada kaitan dengan bisnes utama dan orang yang menguruskan syarikat itu juga adalah orang yang sama!



Menurut kajian & pemerhatian, kebanyakan manusia takut:


– Malu

– Ditertawakan

– Ejekan

– Kritikan

– Gagal

– Berjaya

– Dianggap ‘poyo’ atau ‘bajet’



dan lain-lain.


Sebenarnya ketakutan & kerisauan itu sebenarnya hanya di MINDA dan ia bukan REALITI sebenar!


KESIMPULAN

Untuk berjaya tidak susah. Perkara pertama yang perlu kita lakukan adalah melihat kembali apa orang berjaya lakukan. 

Lihat dan tiru sahaja cara mereka.

Melalui apa yang saya perhatikan, orang berjaya ada beberapa corak pemikiran dan tindakan. Mereka fokus dengan apa yang mereka buat, mereka fokus kepada penyelesaian masalah bukan masalah dan mereka fokus kepada progress kecil kerana mereka percaya, “Progress Equal to Happiness”


Semoga kita semua berjaya!




Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck - HAMKA

Ni memang real!

Perghhh real ni, pertama kali dalam hidup sambil pergi kursus sambil bersantai-santai tengok wayang. Bukan tengok wayang yang beli tiket macam biasa tu, tapi ni tengok wayang pada malam ketiga, dalam kursus Public Speaking Mastery selama 5 hari 4 malam di Langkawi View Resort.



WOW!!! cerita yang mampu menenangkan jiwa-jiwa yang gundah-gelana.
Filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck 


Masa sekolah dulu memang terkenal novel, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck yang ditulis oleh Prof. Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA) tapi saya tak tahu jalan ceritanya. Bila dah tengok filem ni...WOW!!! cerita yang mampu menenangkan jiwa-jiwa yang gundah-gelana. Melalui susunan kata yang puitis dan gubahan ayat yang indah, menonton cerita ini seolah-olah kita sedang mendengar nyanyian para bidadari di syurga, power gitu!

Karya sastera yang sangat menarik untuk ditonton. ‘Tak pudar dek panas dan tak lekang dek hujan." Kisah yang sangat menarik hati masyarakat sepanjang zaman. Bijak sungguh ayahanda guru kami, Dato' Roslan Ab Hamid menjadikan ia sebagai salah satu modul dalam Public Speaking Mastery.


Ada yang lepak duduk santai-santai dibawah
Macam-macam gaya kami malam tu tengok wayang


Jadi selepas makan malam, semua peserta mula masuk dewan seminar. Ada yang lepak duduk santai-santai dibawah macam kat rumah, ada yang duduk atas kerusi. Jam 9.00 malam lampu ditutup dan wayang pun bermula.


Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck 


Kisah cinta dua manusia yang masih terbelenggu dalam kelaziman adat
Zainuddin dan Hayati, dua watak utama


Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck menceritakan tentang kisah cinta antara Zainuddin dan Hayati. Zainuddin merupakan pemuda keturunan Bugis berdarah Minang, sedangkan Hayati merupakan gadis keturunan Minangkabau sejati. Kisah cinta dua manusia yang terbelenggu dalam kelaziman adat yang sering kita lihat;

“Apa yang dia miliki?” atau “Dia tak sama taraf dengan kita!”



Mencintai Hayati dari suku minangkabau
Zainuddin anak Pandekar Sutan

Zainuddin, anak terbuang dan yatim piatu. 


Ayahnya bernama Pandekar Sutan, Melayu Minangkabau yang membawa diri ke Makassar dan berkahwin dengan ibu Zainuddin, Daeng Habibah seorang gadis Bugis. Setelah dewasa Zainuddin mahu mencari asal usul ayahnya, lalu dari Makassar Zainuddin berlayar menuju tanah kelahiran nenek moyangnya di Minangkabau, Batipuh, Padang Panjang.


Allah yang menjadikan mata dan memberinya penglihatan
Terpaku Zainuddin pertama kali terpandang Hayati


Hayati bunga idaman 

Cerita cinta bermula saat Zainuddin ditemani oleh orang tua di kampung untuk mengeliling kampung. Ketika itu mata Zainuddin terpaku melihat seorang gadis cantik di atas bendi yang melintasi Zainuddin.

Hayati, gadis cantik jelita, bunga idaman di persukuannya. Di situlah bermula pandangan cinta pertama Zainuddin terhadap Hayati. Kisah tersebut berlanjutan hingga Zainuddin mengirimkan surat kepada Hayati dan mengutarakan seluruh perasaannya kepada Hayati.

Namun pada ketika bertemu Hayati, Zainuddin mula sedar yang harta itu boleh dicari, rupa itu boleh diterima seadanya dan cinta adalah satu anugerah Tuhan.


Luahan hati Zainuddin kepada Hayati...

“Allah yang menjadikan mata dan memberinya penglihatan. Maka Allah pulalah yang menjadikan hati dan memberinya cinta. Cinta adalah iradat Tuhan, dikirimnya ke dunia supaya tumbuh.”

Luahan hati Zainuddin bagi menzahirkan betapa cinta hakiki itu sifatnya Rabbaniy, sesuai sekali dengan sifat al-Rahman dan al-Rahim, Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Cinta terhalang


Orang-orang kampung mulai resah dengan Zainuddin kerana darah keturunan Zainuddin tidak jelas. Zainuddin diusir oleh Kepala Adat dari kampung tersebut. Ketika Zainuddin hendak meninggalkan kampung, Hayati menghampiri Zainuddin. Hayati meluahkan seluruh isi hatinya, bersumpah dan berjanji kepada Zainuddin untuk menjaga cintanya agar tetap utuh dan akan tetap bersih, suci untuk Zainuddin.


Hayati memberi semangat dan harapan
Hayati berjanji akan setia menanti


“Cinta bukanlah melemahkan hati, bukan membawa putus asa, bukan menimbulkan tangis Sali sedan. Tetapi cinta menghidupkan pengharapan, menguatkan hati dalam perjuangan menempuh onak dan duri penghidupan. Berangkatlah! Dan biarlah Tuhan memberi perlindungan pada kita.” - pesan Hayati kepada Zainuddin


Zainuddin kembali bersemangat mendengar kata-kata Hayati lalu berjanji untuk menyunting Haryati sekembalinya nanti. Maka ketika berjauhan mereka berkirim-kiriman surat.


Patah hati Zainuddin kala menerima berita itu
Pinangan Zainuddin ditolak keluarga Hayati


Beberapa waktu berlalu, Zainuddin melamar Hayati namun para ketua suku memutuskan untuk menolak pinangan Zainuddin yang tidak jelas asal usulnya. Sebaliknya para undang, luak, buapak memutuskan untuk menerima pinangan Aziz yang berdarah Minangkabau tulen dan dari keluarga yang kaya raya.



Hayati mengikuti perintah dari Ketua Adat
Aziz pun rasmi menjadi suami Hayati

Patah hati Zainuddin kala menerima berita itu. Zainuddin jatuh sakit, kecewa dan seolah tidak mahu hidup lagi bila Hayati berkahwin dengan Aziz, sehingga jiwa Zainuddin mulai terganggu. Semakin hancur hati Zainuddin ketika melihat inai di jari Hayati.


Zainuddin jatuh sakit, kecewa dan seolah sudah tidak mahu hidup
Patah hati Zainuddin kala menerima berita 


Abang Muluk memberikan semangat untuk Zainuddin bangkit
Zainuddin bertambah parah melihat inai dijari Hayati


Pada waktu inilah, Muluk bertindak sebagai 'turning point' kepada perjalanan hidup Zainuddin yang hampir-hampir mati. Muluk memberikan motivasi kepada sahabatnya dengan kata-kata yang tidak mungkin terkeluar daripada mulut seorang samseng sepertinya ;


Keadaan Zainuddin sangat parah sekali namun kembali pulih dan bersemangat setelah dinasihati oleh Muluk, sahabatnya
Dahsyatnya kata-kata Muluk


”Di sini Engku sengsara bersakit-sakit, sedangkan dia? Dia sedang menikmati masa pengantin baru dengan suaminya. Engku ni orang pintar, kenapa harus hancur oleh perempuan. Dimana letak pertahanan kehormatan yang terletak pada seseorang laki-laki, ha."


“Jangan mau hidup engku dirusak, binasakan oleh seorang perempuan itu. Engku mesti tegak kembali. Coba lagi engku lihat dunia lebih luas dan masuk ke dalamnya."


“Cinta bukan mengajarkan kita untuk menjadi lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan melemahkan semangat tapi membangkitkan semangat. Tunjukkan pada perempuan itu, bahawa engku tidak akan mati, lantaran dibunuhnya."


Dahsyatnya kata-kata Muluk, menggebu-gebu, penuh semangat dan percaya diri sehingga membuat Zainudin berhenti dalam kegilaan cintanya.

Zainuddin lalu bangkit dengan ditemani oleh Abang Muluk berhijrah ke Padang Jawa Kemudian Surabaya dari Padang Panjang. Melupakan semua kenangan silam bersama Hayati yang cukup memeritkan,

Zainuddin bangkit secara perlahan-lahan sehingga berjaya dan kaya, menjadi seorang penulis besar di Kota Batavia. Zainudin menjadi penulis terkenal dengan karya-karya mashyur dan diterima masyarakat seluruh Nusantara.


Aziz sedang dilanda kesusahan
Zainuddin, Aziz dan Hayati bertemu

Takdir menemukan Hayati dan Zainuddin 


Kehidupan pasangan Aziz dan Hayati melarat hingga mereka berpindah ke Surabaya. Di Surabaya Aziz dan Hayati bertemu dengan Zainuddin dalam satu majlis.

Aziz yang bertabiat buruk sejak waktu bujang akhirnya jatuh miskin. Zainuddin menghulurkan tangan untuk membantu Hayati dan Aziz dan mempelawa mereka duduk di rumah Zainudin. Aziz berasa malu hidup menumpang lalu meninggalkan Hayati di rumah Zainudin dan pergi ke Banyuwangi.

Disana Aziz mengutuskan surat memohon maaf dan meminta agar Zainudin mahu menerima Hayati semula. Pesanan-pesanan dalam surat itu disusuli dengan kematian Aziz yang meragut sendiri nyawanya.


Zainuddin mengambil keputusan untuk menghantar Hayati pulang ke Padang Panjang dengan menaiki kapal Van Der Wijck.
Hayati ingin kembali bersama Zainuddin namun ditolak


Walaupun nampak dingin kepada Hayati,  namun setiap saat tak pernah sekalipun Zainuddin lupakan Hayati. Hayati ingin kembali bersama Zainuddin untuk mengulangi kembali kisah cinta lama namun ego yang bersarang membuatkan Zainuddin menolak dengan alasan dia tidak mengambil sisa lelaki lain.

Hayati telah berkhianat dan mengingkari sumpah dan janji yang pernah dia katakan. Apabila ruang kemaafan ditutupi dengan tembok dendam, Zainuddin mengambil keputusan untuk menghantar Hayati pulang ke Padang Panjang dengan menaiki kapal Van Der Wijck. 


Saat tenggelamnya kapal Van Der Wijck



Setelah hayati pergi, Abang Muluk menyerahkan surat Hayati kepada Zainuddin. Zainuddin menyesal sehinggakan bergegas untuk menemui Hayati yang telah cedera parah. Paru-paru Hayati mengandung air yang terlalu banyak dan kebanyakan tulang rusuknya patah, Hayati menghembuskan nafas terakhir disisi Zainuddin.



Zainuddin tak pernah lupakan Hayati
Hayati menghembuskan nafas terakhir disisi Zainuddin

Memori cinta


Walaupun hati Zainuddin remuk dan parah namun Zainuddin bingkas bangkit dengan keazaman. Bagi mengabdikan memori cinta bersama hayati, Zainuddin menjadikan rumah agam yang didiami sebagai Rumah Anak Yatim Hayati, mengambil sempena nama cinta hatinya, Hayati.

Begitulah pengakhirannya plot yang memang tak jemu menonton karya agung HAMKA yang halus ini. HAMKA menekankan bahawa rumpun manusia itu wajar bersatu tidak kira apa sahaja suku kaum. Kebetulan, saat HAMKA menulis novel ini, dilihatnya kepincangan masyarakatnya yakni Minang yang membeza-bezakan suku dan darjat serta HAMKA tidak bersetuju sama sekali dengan konsep ‘kahwin paksa’; maka itu setiap watak dibangunkan HAMKA bagi menyampaikan mesej MANUSIA dan KEHIDUPAN  :-



Pandekar Sutan
Pandekar Sutan adalah lambang kepada insan


Daeng Habibah 
Lambang kepada cinta
Apabila dua peribadi ini bersatu, maka hasilnya ialah...


Zainuddin
Perhiasan Agama



Hayati
Hakikat Hidup 
Perhiasan agama tidak bermakna apa-apa jika tidak bersatu pula dengan Hidup (hakikat) yang dilambangkan pada watak Hayati. Inilah yang sepatutnya ada pada setiap individu manusia.


Aziz 
Bermaksud ‘PERKASA’ 
Digambarkan wataknya dengan darjat, kuasa, wang, kemewahan dengan cara hidup Belanda; bukanlah gambaran Maha Perkasa.

Apabila hakikat Hidup yang tulen itu dijadikan oleh manusia sebagai ‘HIDUP’ yakni sekadar mengambil lapis atasnya sahaja yang digambarkan HAMKA melalui perkahwinan Hayati dengan Aziz, maka manusia itu bisa pincang.


Muluk 
Sebagai tokoh motivator, seorang yang tidak berilmu, namun berjaya mendorong Zainuddin untuk bangkit dari berputus asa.


Kesimpulannya, HAMKA menyeru agar kita (manusia) menjadi pemaaf dan bersatu menuju hakikat Hidup lalu menentang penjajahan material (duniawi) dan hidup merdeka bagai orang bercinta. Ini yang dimaksudkan oleh HAMKA:


“Kalau hidup sekedar hidup, babi di hutan juga hidup; Kalau bekerja sekedar bekerja, kera juga bekerja.”



Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck and trust me it's worth to watch.