Sedekah amalan mulia |
ANAK dari sekolah mana, tinggal dimana?, tanya saya pada seorang pelajar yang duduk semeja dengan saya kala waktu makan tengahari.
Seronok tengok wajah anak-anak yang gembira |
"Dari Sembulan, Sekolah Menengah Tun Fuad," katanya tenang sambil memandang rakan sekolah disisi yang kelihatan begitu gembira memegang beberapa keping sampul yang diterima tadi.
Masjid Nurul Hikmah, Bukit Padang
Didalam dewan makan Masjid Nurul Hikmah, Bukit Padang lebih kurang 10 minit ke bandar Kota Kinabalu, saya mula membilang lebih kurang 50 orang yang sudah mendaftar. Sayu hati melihat wajah anak2 ini, ada yatim piatu, ada anak-anak asnaf, ada anak istimewa dan ada yang hidup mereka sekadar apa adanya"
Di satu sudut pula saya leka memerhati kelibat si ayah setia disisi anak yang dalam lingkungan usia 13 tahun. Aksi si ayah yang sudah dimamah usia melayan anak istimewa begitu menyentuh hati, begitu mendalam kasih seorang ayah.
Tazkirah ringkas oleh ustaz Awaludin tentang berkongsi rezeki membuat hati bersyukur dengan rezeki yang Allah beri pada kami di bumi Sabah melalui perniagaan Tasly Sabah, Kelas Online, Sewa Bilik Seminar di Sabah dan Bilik Seminar Kuala Lumpur. Dalam majlis ini saya berkongsi rezeki dan kasih sayang bersama anak-anak ini.
Seronok dengar tazkirah ustaz |
Program Syaaban
Ia adalah anjuran bersama Masjid Nurul Hikmah & PERTIWISA di Sabah adalah sebahagian matlamat memberi cahaya kegembiraan buat anak-anak generasi masa depan. Pelbagai sumbangan yang mereka terima dari insan2 yang berjiwa besar.
Wajah anak-anak gembira |
Gotong royong malam tu |
Makan tengahari dalam dewan |
Usai majlis, hati kami puas melihat senyuman terukir di bibir 50 anak-anak dari sekolah2 sekitar Kota Kinabalu, Sabah. Moga Allah lindungi mereka dan satukan hati-hati kami untuk terus istiqamah berkongsi rezeki dan membuat amal kebajikan.