Ni memang real!
Perghhh real ni, pertama kali dalam hidup sambil pergi kursus sambil bersantai-santai tengok wayang. Bukan tengok wayang yang beli tiket macam biasa tu, tapi ni tengok wayang pada malam ketiga, dalam kursus Public Speaking Mastery selama 5 hari 4 malam di Langkawi View Resort.
Filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck |
Masa sekolah dulu memang terkenal novel, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck yang ditulis oleh Prof. Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA) tapi saya tak tahu jalan ceritanya. Bila dah tengok filem ni...WOW!!! cerita yang mampu menenangkan jiwa-jiwa yang gundah-gelana. Melalui susunan kata yang puitis dan gubahan ayat yang indah, menonton cerita ini seolah-olah kita sedang mendengar nyanyian para bidadari di syurga, power gitu!
Karya sastera yang sangat menarik untuk ditonton. ‘Tak pudar dek panas dan tak lekang dek hujan." Kisah yang sangat menarik hati masyarakat sepanjang zaman. Bijak sungguh ayahanda guru kami, Dato' Roslan Ab Hamid menjadikan ia sebagai salah satu modul dalam Public Speaking Mastery.
Macam-macam gaya kami malam tu tengok wayang |
Jadi selepas makan malam, semua peserta mula masuk dewan seminar. Ada yang lepak duduk santai-santai dibawah macam kat rumah, ada yang duduk atas kerusi. Jam 9.00 malam lampu ditutup dan wayang pun bermula.
Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck
Zainuddin dan Hayati, dua watak utama |
Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck menceritakan tentang kisah cinta antara Zainuddin dan Hayati. Zainuddin merupakan pemuda keturunan Bugis berdarah Minang, sedangkan Hayati merupakan gadis keturunan Minangkabau sejati. Kisah cinta dua manusia yang terbelenggu dalam kelaziman adat yang sering kita lihat;
“Apa yang dia miliki?” atau “Dia tak sama taraf dengan kita!”
Zainuddin anak Pandekar Sutan |
Zainuddin, anak terbuang dan yatim piatu.
Terpaku Zainuddin pertama kali terpandang Hayati |
Hayati bunga idaman
Cerita cinta bermula saat Zainuddin ditemani oleh orang tua di kampung untuk mengeliling kampung. Ketika itu mata Zainuddin terpaku melihat seorang gadis cantik di atas bendi yang melintasi Zainuddin.
Hayati, gadis cantik jelita, bunga idaman di persukuannya. Di situlah bermula pandangan cinta pertama Zainuddin terhadap Hayati. Kisah tersebut berlanjutan hingga Zainuddin mengirimkan surat kepada Hayati dan mengutarakan seluruh perasaannya kepada Hayati.
Namun pada ketika bertemu Hayati, Zainuddin mula sedar yang harta itu boleh dicari, rupa itu boleh diterima seadanya dan cinta adalah satu anugerah Tuhan.
“Allah yang menjadikan mata dan memberinya penglihatan. Maka Allah pulalah yang menjadikan hati dan memberinya cinta. Cinta adalah iradat Tuhan, dikirimnya ke dunia supaya tumbuh.”
Luahan hati Zainuddin bagi menzahirkan betapa cinta hakiki itu sifatnya Rabbaniy, sesuai sekali dengan sifat al-Rahman dan al-Rahim, Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Cinta terhalang
Orang-orang kampung mulai resah dengan Zainuddin kerana darah keturunan Zainuddin tidak jelas. Zainuddin diusir oleh Kepala Adat dari kampung tersebut. Ketika Zainuddin hendak meninggalkan kampung, Hayati menghampiri Zainuddin. Hayati meluahkan seluruh isi hatinya, bersumpah dan berjanji kepada Zainuddin untuk menjaga cintanya agar tetap utuh dan akan tetap bersih, suci untuk Zainuddin.
Hayati berjanji akan setia menanti |
“Cinta bukanlah melemahkan hati, bukan membawa putus asa, bukan menimbulkan tangis Sali sedan. Tetapi cinta menghidupkan pengharapan, menguatkan hati dalam perjuangan menempuh onak dan duri penghidupan. Berangkatlah! Dan biarlah Tuhan memberi perlindungan pada kita.” - pesan Hayati kepada Zainuddin
Zainuddin kembali bersemangat mendengar kata-kata Hayati lalu berjanji untuk menyunting Haryati sekembalinya nanti. Maka ketika berjauhan mereka berkirim-kiriman surat.
Pinangan Zainuddin ditolak keluarga Hayati |
Patah hati Zainuddin kala menerima berita |
Zainuddin bertambah parah melihat inai dijari Hayati |
Pada waktu inilah, Muluk bertindak sebagai 'turning point' kepada perjalanan hidup Zainuddin yang hampir-hampir mati. Muluk memberikan motivasi kepada sahabatnya dengan kata-kata yang tidak mungkin terkeluar daripada mulut seorang samseng sepertinya ;
Dahsyatnya kata-kata Muluk |
”Di sini Engku sengsara bersakit-sakit, sedangkan dia? Dia sedang menikmati masa pengantin baru dengan suaminya. Engku ni orang pintar, kenapa harus hancur oleh perempuan. Dimana letak pertahanan kehormatan yang terletak pada seseorang laki-laki, ha."
“Jangan mau hidup engku dirusak, binasakan oleh seorang perempuan itu. Engku mesti tegak kembali. Coba lagi engku lihat dunia lebih luas dan masuk ke dalamnya."
“Cinta bukan mengajarkan kita untuk menjadi lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan melemahkan semangat tapi membangkitkan semangat. Tunjukkan pada perempuan itu, bahawa engku tidak akan mati, lantaran dibunuhnya."
Dahsyatnya kata-kata Muluk, menggebu-gebu, penuh semangat dan percaya diri sehingga membuat Zainudin berhenti dalam kegilaan cintanya.
Zainuddin lalu bangkit dengan ditemani oleh Abang Muluk berhijrah ke Padang Jawa Kemudian Surabaya dari Padang Panjang. Melupakan semua kenangan silam bersama Hayati yang cukup memeritkan,
Zainuddin bangkit secara perlahan-lahan sehingga berjaya dan kaya, menjadi seorang penulis besar di Kota Batavia. Zainudin menjadi penulis terkenal dengan karya-karya mashyur dan diterima masyarakat seluruh Nusantara.
Zainuddin, Aziz dan Hayati bertemu |
Takdir menemukan Hayati dan Zainuddin
Aziz yang bertabiat buruk sejak waktu bujang akhirnya jatuh miskin. Zainuddin menghulurkan tangan untuk membantu Hayati dan Aziz dan mempelawa mereka duduk di rumah Zainudin. Aziz berasa malu hidup menumpang lalu meninggalkan Hayati di rumah Zainudin dan pergi ke Banyuwangi.
Disana Aziz mengutuskan surat memohon maaf dan meminta agar Zainudin mahu menerima Hayati semula. Pesanan-pesanan dalam surat itu disusuli dengan kematian Aziz yang meragut sendiri nyawanya.
Hayati ingin kembali bersama Zainuddin namun ditolak |
Walaupun nampak dingin kepada Hayati, namun setiap saat tak pernah sekalipun Zainuddin lupakan Hayati. Hayati ingin kembali bersama Zainuddin untuk mengulangi kembali kisah cinta lama namun ego yang bersarang membuatkan Zainuddin menolak dengan alasan dia tidak mengambil sisa lelaki lain.
Hayati telah berkhianat dan mengingkari sumpah dan janji yang pernah dia katakan. Apabila ruang kemaafan ditutupi dengan tembok dendam, Zainuddin mengambil keputusan untuk menghantar Hayati pulang ke Padang Panjang dengan menaiki kapal Van Der Wijck.
Saat tenggelamnya kapal Van Der Wijck
Hayati menghembuskan nafas terakhir disisi Zainuddin |
Memori cinta
Begitulah pengakhirannya plot yang memang tak jemu menonton karya agung HAMKA yang halus ini. HAMKA menekankan bahawa rumpun manusia itu wajar bersatu tidak kira apa sahaja suku kaum. Kebetulan, saat HAMKA menulis novel ini, dilihatnya kepincangan masyarakatnya yakni Minang yang membeza-bezakan suku dan darjat serta HAMKA tidak bersetuju sama sekali dengan konsep ‘kahwin paksa’; maka itu setiap watak dibangunkan HAMKA bagi menyampaikan mesej MANUSIA dan KEHIDUPAN :-
Pandekar Sutan
Pandekar Sutan adalah lambang kepada insan
Daeng Habibah
Lambang kepada cinta
Apabila dua peribadi ini bersatu, maka hasilnya ialah...
Zainuddin
Perhiasan Agama
Hayati
Hakikat Hidup
Perhiasan agama tidak bermakna apa-apa jika tidak bersatu pula dengan Hidup (hakikat) yang dilambangkan pada watak Hayati. Inilah yang sepatutnya ada pada setiap individu manusia.
Aziz
Bermaksud ‘PERKASA’
Digambarkan wataknya dengan darjat, kuasa, wang, kemewahan dengan cara hidup Belanda; bukanlah gambaran Maha Perkasa.
Apabila hakikat Hidup yang tulen itu dijadikan oleh manusia sebagai ‘HIDUP’ yakni sekadar mengambil lapis atasnya sahaja yang digambarkan HAMKA melalui perkahwinan Hayati dengan Aziz, maka manusia itu bisa pincang.
Muluk
Sebagai tokoh motivator, seorang yang tidak berilmu, namun berjaya mendorong Zainuddin untuk bangkit dari berputus asa.
Kesimpulannya, HAMKA menyeru agar kita (manusia) menjadi pemaaf dan bersatu menuju hakikat Hidup lalu menentang penjajahan material (duniawi) dan hidup merdeka bagai orang bercinta. Ini yang dimaksudkan oleh HAMKA:
“Kalau hidup sekedar hidup, babi di hutan juga hidup; Kalau bekerja sekedar bekerja, kera juga bekerja.”
Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck and trust me it's worth to watch.