Where your focus goes energy flows |
“KALAU aku ada magic aku 'buat' kau berjaya dari mula sampai akhir tanpa sebarang masalah. Tak adalah lagi badan kau dekat sini, tapi fikiran merayau ke tempat lain,” kata saya sambil memandang wajah kawan yang 6 bulan lalu pernah belajar dengan saya dalam bengkel Asas Bina Blog.
"Dah ada ilmu kalau tak ada tindakan, tak kemana pun ilmu tu. Kau belajarlah tinggi langit sekali pun maka mesti ada tindakan. Takat belajar tapi balik tak buat apa yang diajar, maka baik jangan belajar. Tak buang masa, Tak buang duit," sambung saya pada kawan yang merungut masih tak faham buat blog. Bila ditanya rupanya selepas kelas, langsung tak buka blogspot yang dibuat.
Ilmu tanpa tindakan adalah sia-sia |
Kita semua pasti pernah berada di satu tempat yang mana kita boleh buat sesuatu dengan lebih baik tetapi sebaliknya berlaku. Kita ada plan yang bagus untuk kehidupan, bisnes, tetapi akhirnya ia terjadi tidak seperti apa yang kita harapkan.
Setuju?
Saya dapati ada beberapa corak orang berjaya yang seakan-akan sama antara satu dengan yang lain. Ia sangat berbeza dengan orang yang masih lagi mencari rentak atau bermalas-malasan dalam hidup mahupun bisnes.
Orang berjaya sentiasa fokus |
Orang berjaya bukanlah kerana dia memiliki kelebihan orang yang belum berjaya berfikir. Cara berfikir orang berjaya & belum berjaya berbeza.
Orang belum berjaya ada FEAR & DOUBT.
Apa corak atau ‘pattern’ orang berjaya?
1. ORANG BERJAYA SANGAT FOKUS
‘Where your focus goes, energy flows”. Ini ayat yang sentiasa saya pakai jika ingin buat apa sahaja keputusan terutama dalam urusan perniagaan. ‘Pattern’ ini pun saya nampak jelas dan ‘clear’ bagi individu yang sangat berjaya dalam bidang yang mereka ceburi.
Tony Fernandes (Air Asia) |
Tony Fernandes (Air Asia)
Adalah antara manusia yang sangat FOKUS dengan apa yang dia buat bertahun-tahun. Biarpun ada cabaran terutama ketika zaman kegelapan bila kapal terbang Air Asia terhempas ke lautan Indonesia, tetap Tony Fernandes tidak akan menukar arus atau model bisnes.
Bayangkan jika Tony Fernandes hari ini buat syarikat kapal terbang, esok jual kopi, pelik tak?
Begitulah, orang berjaya sangat fokus untuk sesuatu. Bukan lompat-lompat bisnes atau matlamat.
2. ORANG BERJAYA FOKUS KEPADA PENYELESAIAN BUKAN MASALAH
Semua orang ada masalah, namun orang yang berjaya adalah mereka yang fokus kepada penyelesaian bukan masalah.
Alibaba semakin hari semakin besar. |
JACK MA - ALIBABA
Tidak mudah membangun sebuah syarikat apalagi mempertahankannya di tengah persaingan bisnes yang ketat. CEO Alibaba Jack Ma jatuh bangun belajar dari pengalamannya hingga mampu membawa Alibaba menjadi raksasa e-commerce dunia.
Jack Ma pernah bersedih dalam bisnes. Jack Ma pernah di kecam dan banyak tekanan untuk beliau besarkan Alibaba. Tetapi lihatlah sekarang, Alibaba semakin hari semakin besar.
Kenapa?
Kerana susahawan seperti Jack Ma hanya fokus kepada penyelesaian masalah. Bukan memendam rasa, melayan gelora jiwa memikirkan masalah.
3. ORANG BERJAYA FOKUS KEPADA ‘PROGRESS’
Ya, setiap orang ada sasaran yang ingin dicapai. Kecil atau besar, bergantung kepada individu atau syarikat. Namun begitu, ada satu lagi corak pemikiran orang yang berjaya yang jarang dimilik oleh orang biasa.
Orang berjaya FOKUS kepada PROGRESS |
Orang berjaya mereka sentiasa fokus, fikir, bertindak untuk capai ‘PROGRESS’ kecil dalam hidup atau dalam bisnes.
Kenapa?
Kerana ‘Progress = happiness’
Tanpa progress, hidup atau bisnes akan jadi sangat ‘plato’ dan tidak berkembang. Walaupun bisnes masih ditahap ‘boleh buat duit’, tetapi bila mana bisnes ‘plato’ atau mendatar, seseorang akan rasa bosan dan jika tidak diubati, seseorang akan
rasa ‘tawar hati’ dengan apa yang dilakukan.
Lebih teruk, mereka akan mula mencari keseronokan baru yang memberi kesan negatif kepada syarikat. Contohnya mula membuka bisnes yang tidak ada kaitan dengan bisnes utama dan orang yang menguruskan syarikat itu juga adalah orang yang sama!
Menurut kajian & pemerhatian, kebanyakan manusia takut:
– Malu
– Ditertawakan
– Ejekan
– Kritikan
– Gagal
– Berjaya
– Dianggap ‘poyo’ atau ‘bajet’
dan lain-lain.
Sebenarnya ketakutan & kerisauan itu sebenarnya hanya di MINDA dan ia bukan REALITI sebenar!
KESIMPULAN
Untuk berjaya tidak susah. Perkara pertama yang perlu kita lakukan adalah melihat kembali apa orang berjaya lakukan.
Lihat dan tiru sahaja cara mereka.
Melalui apa yang saya perhatikan, orang berjaya ada beberapa corak pemikiran dan tindakan. Mereka fokus dengan apa yang mereka buat, mereka fokus kepada penyelesaian masalah bukan masalah dan mereka fokus kepada progress kecil kerana mereka percaya, “Progress Equal to Happiness”
Semoga kita semua berjaya!