KARYA HAMKA: KATA HIKMAH YANG BUAT HATI MENANGIS





Tentang Buya Hamka


Tak ramai yang tahu, Buya Hamka adalah ulama yang mengajarkan manusia bagaimana bercinta dengan manusia melalui novel novel beliau. Kisah cinta ini bukanlah cinta awang awangan, cinta angan-angan semata-mata. Penuh dengan nilai manusiawi, Hamka mengajak kita mengenal perihal manusia yang setia, jujur, khianat, kejam, dan ihsan apabila bercinta.


Prof. Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih di kenal dengan Buya Hamka. Beliau lahir di Kabupaten Agam, Sumatera Barat, lebih tepatnya di Sungai Batang, Tanjung Raya, pada tanggal 17 Februari 1908. Beliau adalah seorang sastrawan Indonesia, ulama, ahli filsafat, dan aktivis politik. 



Pak Hamka aktif berdakwah 


Pak Hamka aktif berdakwah saat umurnya mencecah 17 tahun. Beliau  merupakan salah seorang guru agama di Tebing Tinggi dan Padang Panjang, menjadi pensyarah di Universiti Islam Jakarta dan Universiti Muhammadiyah, Reaktor Perguruan Tinggi Jakarta dan Pegawai Tinggi Agama Indonesia.

Selain berdakwah, beliau juga aktif berjuang. Pak Hamka merupakan salah seorang yang terlibat dengan pertubuhan Muahmmadiyah dan beliau dilantik menjadi anggota pemimpin pusat Muhammadiyah.

Atas jasa dan karya-karyanya, Buya Hamka menerima anugerah penghargaan, antaranya: 

  • 1958 - Doctor Honoris Causa dari Universitas al-Azhar Cairo 

  • 1958 - Doctor Honoris Causa dari Universitas Kebangsaan Malaysia 

  • Gelar Datuk Indono dan Pengeran Wiroguno dari pemerintah Indonesia.


Walaupun beliau telah lama meninggalkan kita di atas dunia ini, namun jasanya, karyanya, kata-kata nasihatnya masih lagi mendapat perhatian kita yang masih hidup.


Kata hikmah prof Hamka
  • Air mata berasa asin kerana air mata adalah garam kehidupan
(ARTIKEL MENARIK : Kisah Tenggelamnya Kapal Varderwick)

  • Kehidupan itu laksana lautan. Orang yang tiada berhati-hati dalam mengayuh perahu, memegang kemudi dan menjaga layar, maka karamlah ia digulung oleh ombak dan gelombang. Hilang di tengah samudera yang luas. Tiada akan tercapai olehnya tanah tepi.
  • Jangan takut jatuh, kerana yang tidak pernah memanjatlah yang tidak pernah jatuh. Yang takut gagal, kerana yang tidak pernah gagal hanyalah orang-orang yang tidak pernah melangkah. Jangan takut salah, kerana dengan kesalahan yang pertama kita dapat menambah pengetahuan untuk mencari jalan yang benar pada langkah yang kedua.


Kata bijak HAMKA

  • Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup. Kalau bekerja sekadar bekerja, kera juga bekerja.


Karya Hamka

  • Yang takut GAGAL kerana yang tidak pernah GAGAL hanyalah orang-orang yang tidak pernah melangkah.


Karya Hamka
  • Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja. Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir. Dengan jalan menambah kecerdasan akal, bertambah murnilah kemerdekaan berfikir


kata-kata nasihat HAMKA
Kata-kata nasihat prof HAMKA



Kata-kata nasihat prof HAMKA
Kata-kata nasihat prof HAMKA



Kata-kata nasihat prof HAMKA
Kata-kata nasihat prof HAMKA

Buya Hamka lebih suka memilih menulis roman atau cerpen dalam menyampaikan pesan-pesan moral Islam. Beliau meninggal pada usia 73 tahun, di Jakarta, pada tanggal 24 Julai 1981. 

Dalam kita menghayati Kata-Kata Hikmah Hamka. Marilah sama-sama kita hadiahkan Al-Fatihah semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT.