Inilah Misteri Besar Kenapa 1 Mei Disambut Hari Pekerja Sedunia!

Pekerja di AS mengadakan demonstrasi besar-besara
Misteri kenapa hari perkeja 1 Mei


Hari Pekerja 1 Mei


SAYA belek-belek kalendar, dalam hati tertanya-tanya kenapa dalam banyak tarikh di kalendar maka 1 Mei yang dipilih sebagai Hari pekerja?. Pernahkah kita bertanya mengapa 1 Mei digazetkan sebagai Hari Pekerja?

Dulu masa makan gaji yang saya tahu, 1 Mei adalah antara hari cuti yang saya boleh tidur lebih lama sikit...hehehe


1 Mei digazetkan sebagai Hari Pekerja
1 Mei adalah Cuti Umum

Rupanya ada cerita disebalik 1 Mei digazetkan sebagai Hari Pekerja atau Hari Buruh. Kisah terjadi bagi memperingati peristiwa bersejarah di Amerika Syarikat. 


Peristiwa bersejarah di Amerika Syarikat
Peristiwa bersejarah di Amerika Syarikat

Pada 1hb Mei 1886


Sekitar 400,000 pekerja di AS mengadakan demonstrasi besar-besaran untuk menuntut pengurangan jam kerja mereka. Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh, yang diinspirasikan oleh kejayaan Parti Labour 1872 di Kanada, meminta lapan-jam waktu berkerja di Amerika Syarikat.

Meraka mengadakan mogok dan berarak di jalan raya untuk menuntut supaya masa kerja yang tidak menentu dikurangkan dan ditetapkan kepada lapan jam sehari. Pasukan polis Amerika kemudiannya menembak para peserta demonstrasi tersebut sehingga ratusan orang terbunuh dan pemimpinnnya ditangkap dan dihukum bunuh. Ini mengakibatkan mogok umum dan Mogok Haymarket tahun 1886. 




Pada bulan Julai 1889

Kongres Sosialis Dunia yang diadakan di Paris menetapkan peristiwa 1hb Mei sebagai Hari Pekerja Sedunia dan mengeluarkan resolusi bahawa “Satu tindakan di mana semua pekerja di setiap negara pada masa yang sama menuntut agar kerajaan membuat undang-undang untuk mengurangkan jam kerja menjadi 8 jam sehari.”

Resolusi ini mendapat sambutan yang hangat dari pelbagai negara dan sejak tahun 1890, tanggal 1 Mei, yang diistilahkan dengan May Day, disambut oleh pekerja dipelbagai negara, meskipun di sebahagian negara mendapat tekanan keras dari kerajaan masing-masing.


erajaan membuat undang-undang untuk mengurangkan jam kerja menjadi 8 jam sehari,
Undang-undang jam kerja 8 jam sehari


Penetapan waktu kerja 8 jam


Selepas peristiwa hitam itu, Kongres Sosialis Dunia, pada Julai 1889, mengisytiharkan 1 Mei sebagai Hari Pekerja Sedunia dan menuntut semua negara menggubal akta supaya waktu kerja ditetapkan kepada lapan jam sehari.

Sejak 1880, di AS dan Kanada, Hari Pekerja Sedunia disambut pada setiap hari Isnin pertama setiap September walaupun ada beberapa desakan dibuat untuk mengubahnya ke 1hb Mei.

Apa yang jelas, dari sejarah Hari Pekerja Sedunia ini muncul dari rasa ketidakpuasan hati pekerja setelah mereka ditindas dengan kejam oleh para pemilik modal.

Itulah serba sedikit sejarah, jadi kalau orang tanya kenapa 1 Mei hari Pekerja dah tahu dah kan...


Selamat hari Pekerja


“Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja. Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir. Dengan jalan menambah kecerdasan akal, bertambah murnilah kemerdekaan berfikir”

- HAMKA-