IBU TUNGGAL : "Saya tahu hati anak-anak. Mereka sedih tetapi mereka tak tunjukkan"



Cabaran ibu Tunggal
Anak-anak tak tunjukkan


SUDAH lama saya ingin berkongsi pengalaman hidup sebagai "IBU TUNGGAL" tetapi setiap kali menulis menyebabkan air mata ini mengalir deras, sederas tinta yang mengalir. Saya memohon hidayah Allah moga diberi kekuatan agar mampu untuk terus menulis bicara hati, berkongsi roda-roda kehidupan ini. Moga cerita saya menjadi semangat, motivasi dan inspirasi kepada kehidupan insan lain khususnya wanita yang bergelar IBU TUNGGAL.


25 tahun dulu

AMIR anak bongsu saya dari 3 beradik. Takdir hidup saya bergelar Ibu Tunggal ketika berusia awal 30an dan anak-anak; amir 1 tahun, angah 3 dan abang 8 tahun.

"Saya berdepan dengan pelbagai cabaran dan kesulitan hidup sebagai IBU TUNGGAL. Maklumlah, ketiga-tiga anak sedang bersekolah, tentu perbelanjaannya juga banyak. Sebagai ibu saya bermati-matian dan berhempas pulas membesar, membimbing dan menghidupkan anak-anak walaupun bekas suami mengabaikan nafkah dan perbelanjaan kepada mereka. 


Saya berdepan dengan pelbagai cabaran dan kesulitan hidup ketika itu
Bukan tidak pernah meminta, tapi sekali kali ditanya diam

"Bukan tidak pernah meminta, tapi sekali kali ditanya diam. Keluarga suruh menuntut di Mahkamah Syariah, namun saya tak nak buang masa. Sikap bekas suami yang langsung tidak bertanya khabar dan mengambil tahu kebajikan anak-anak menyebabkan saya malas untuk bergaduh dan bertanya duit belanja anak-anak lagi.

Demi masa depan anak-anak, saya tidak akan  mengabaikan mereka walaupun kehidupan perit dan memerlukan pengorbanan yang cukup tinggi. Mak dan ayah menjadi tongkat kekuatan dan membantu saya menjaga anak-anak kala saya keluar mencari rezeki. Syukur dan terima kasih saya pada Allah saya punya orang tua yang penyayang dan prihatin pada cucu-cucu mereka.



Sayang mak dan ayah saya
Syukur ada Mak dan ayah bantu jaga anak-anak


Ya..penatnya hanya Allah saja yang tahu
Inilah Kekuatan Ibu Tunggal


Cabaran ibu Tunggal


Ya..penatnya hanya Allah saja yang tahu. Semua benda saya buat sendiri. Bangun seawal pagi siapkan anak ke sekolah, siapkan sarapan, bergegas ke tempat kerja, balik berkejar untuk memasak, mengajar mereka dan bergegas kelas mengaji. Saya berkejar-kejar setiap hari setiap waktu. Tambahan anak-anak semua lelaki. 

Paling hiba bila Syawal menjelma namun saya berusaha menggembirakan hati anak-anak di pagi raya walaupun hidup kami tidak sempurna.



Cerita saya
Banyak kisah suka duka

"Semuanya kerja Allah"


Takdir Allah untuk saya sangat indah. Dan saya reda dengan apa yang ditentukan kepada saya.

Namun sepanjang membesarkan anak-anak, banyak peristiwa dan cerita suka duka yang kami lalui. Ada  tiga cerita yang ingin saya kongsi, cerita yang terus melekat dalam hati sehingga kini.


Cerita 1


Masa tu umur abang, anak sulong saya 13 tahun

Saya nak daftar abang masuk tingkatan 1 sekolah agama di Beseri. Besar harapan saya biar anak sulong ada didikan agama, menjadi pemimpin untuk saya dan adik-adiknya. Jam 10 malam saya dan abang ke Puduraya, kami naik bas paling akhir malam tu untuk ke Perlis. Angah dan Amir saya minta mak jagakan. 

Lebih kurang jam 6 pagi kami tiba di Beseri, saya cuci muka dan solat lepas tu naik teksi ke sekolah MATRI di Beseri. Pukul 8 pagi bermula taklimat bersama ibu ayah serta pelajar-pelajar baru. Selesai taklimat, pentadbir arahkan semua pelajar masuk ke dalam dewan bersama ayah sahaja. Ibu tidak dibenarkan.


Anak sulong yang kuat
Abang anak sulong yang paling tabah

Semua pelajar berjalan bersama ayah masing-masing masuk ke dalam dewan kecuali anak saya. Saya tengok abang berjalan bersendirian sambil menundukkan wajah ke lantai. Sebelum masuk dewan, abang pandang wajah saya. Masa tu mata saya dah berkaca, saya menangis dalam hati. Ya Allah sebaknya tapi saya kawal agar air mata tak tumpah. Saya tak nak abang tengok saya menangis.


Selepas uruskan asrama, 

Sebelum balik saya pesan abang, "Belajar elok-elok dan jaga diri abang yer, mama akan datang tengok abang nanti," saya kucup pipi dan dahi abang sebelum berlalu pergi. Saya tahan air mata, wajah abang tenang dan abang tak menangis ketika saya melambaikan tangan. Keluar dari pagar sekolah, air mata saya gugur dan sepanjang dalam bas saya menangis hingga bengkak mata.


Saya tahu hati anak-anak... 
Mereka sedih tetapi mereka tak tunjukkan...



Cerita 2


Adik beradik tinggal berdua
Bila abang masuk asrama tinggal Amir dan Angah

Amir dan Angah


Bila abang dah masuk asrama maka tinggallah 2 beradik, amir dan angah. Seperti biasa, rutin saya setiap pagi hantar angah ke sekolah dan amir ke tadika. Lepas sekolah mereka balik rumah mak dan ayah di Kg Melayu, Ampang. Lepas kerja baru saya ambil balik. Di Kg Melayu, kakak dan abang ipar serta 5 anak mereka tinggal bersama-sama mak ayah. 

Petang tu...

Petang tu sebaik sampai rumah, amir terus mandi manakala saya berehat sebentar atas kerusi. Lepas bersiap amir duduk sebelah saya dan bertanya, 




Amir bertanya pada saya
Pada umur 5 tahun Amir bertanya 


"Mama, kenapa ayah orang lain sayang anak dia?. Kenapa ayah amir tak sayang amir?." 

Ketika itu saya memang terkejut mendengar soalan amir. Amir baru 5 tahun dan saya tak jangka amir akan bertanya soalan begitu.

"Kenapa amir tanya begitu?," tanya saya sebak. Air mata dah mula bergenang.

"Amir tengok pak ngah (abang ipar) selalu sayang anak dia. Kenapa ayah amir tak sayang amir?" tanya amir lagi

Saya terkedu sekejap. Memang abang ipar saya selalu memeluk, mendokong dan mencium anak lelakinya yang seusia amir, namun saya tak sangka amir memerhatikannya dalam diam. Saya mula dapat membaca apa yang tersirat dihati anak saya.


Kasih seorang ayah
Sesuatu yang amir tak pernah rasa sejak usianya 1 tahun

Tanpa saya sedar selama ini hati anak saya yang berusia 5 tahun tersentuh melihat sepupunya mendapat kasih sayang seorang ayah, sesuatu yang amir tak pernah rasa sejak usianya 1 tahun. Jiwa saya menangis. Berat sungguh apa yang anak saya lalui. Saya kumpul kekuatan dan memeluk amir,

"Semua orang sayangkan amir, walaupun amir tak ada ayah tapi atok sayang amir, tok mak sayang amir, mama sayang amir, abang, angah semua sayang amir," saya memujuk amir sambil memeluk erat amir dalam dakapan saya hingga dia terlelap, seiring air mata saya membasahi bantal yang mengalasi kepalanya.



Mereka sedih tetapi mereka tak tunjukkan

Saya tahu hati anak-anak...
Mereka sedih tetapi mereka tak tunjukkan...



Cerita 3

Angah anak kedua memang minat melukis. Ada saja kertas atau buku di lukisnya. Suatu pagi ketika sedang siapkan sarapan angah hulurkan sebuah sampul surat bersaiz A4 kepada saya.


Hadiah untuk mama
Mama ni hadiah untuk mama-Angah


"Mama, ni hadiah untuk mama," kata angah kepada saya

"Wah apa dalam ni?" tanya saya kehairanan 

"Semalam ada kelas lukisan, cikgu suruh lukis gambar keluarga. Cikgu suruh hadiah pada ibubapa nanti," kata angah.


"Tapi mama jangan buka sekarang, nanti lepas dah hantar sekolah baru buka," pesan angah lagi.


"JANGAN BUKA SEKARANG TAU," beria-ia angah pesan kat saya.


"Ok Ok mama simpan dulu, nanti baru buka," janji saya pada angah.

Selepas angah masuk pagar sekolah, saya terus capai sampul angah. Saya buka...Ya Allah...terasa kesedihan yang teramat didalam hati bila melihat lukisan angah. 



Inilah gambaran keluarga bahagia di mata anak
Keluarga bahagia dimata angah

Happy Family

Usia angah 10 tahun. Inilah "HAPPY FAMILY" di mata angah, Keluarga bahagia bagi angah hanyalah kami berempat. Angah zahirkan didalam lukisan ini apa yang berada di hatinya dan apa yang dia rasakan. Saya sebak dan pilu kerana dalam usia  muda anak-anak saya terpaksa berdepan dengan suasana yang menyedihkan ini. 



Anak-anak dah dewasa
Abang (berdiri), Angah (kanan) dan Amir (kiri)


Namun saya berbangga dengan abang, angah dan amir. Walaupun hidup mereka tidak seperti orang lain yang ada ayah, tetapi mereka tak pernah tunjukkan kesedihan mereka di depan saya. 



Saya tahu hati anak-anak. 
Mereka sedih tetapi mereka tak tunjukkan...

Kasih ibu dan anak tidak akan putus

Mencari Hikmah dalam Takdir Hidup


Sememangnya, menjadi ibu tunggal bukanlah satu tugas yang mudah. Di sebalik tawa dan keramahan tersimpan jutaan keperitan hidup. Sebagai ibu tunggal dari situ saya belajar pentingnya kekuatan dalaman untuk terus mengorak langkah kehadapan. 

Namun, dengan rasa redha, keazaman, kematangan dan sikap tidak berputus asa, ia  menjadi satu pengalaman hidup yang telah mendewasakan saya.


Kini saya bahagia
Bahagia dikelilingi cucu


Kini sudah 25 tahun saya bangkit daripada kisah duka. Anak-anak sudah dewasa dan Allah temukan jodoh suami yang baik serta dikelilingi  cucu yang menceriakan lagi hari-hari saya.



Berjuang di jalan Allah
Allah ada disisi


"Barangsiapa bersusah payah mencari nafkah untuk keluarganya, maka dia adalah seumpama seorang mujahid dijalan Allah"


Penutup Bicara

Semoga Allah pelihara Ibu Tunggal serta memberi taufik dan hidayahnya untuk anda sekeluarga. Terima kasih mak dan ayah yang merupakan sumber kekuatan saya sepanjang 18 tahun menjadi ibu tunggal.

Walaupun mereka telah pergi namun semangat mereka masih di sini. Moga dizinkan Allah, jika ada, pada kebaikan yang lahir daripada setiap guris tulisan saya ini…mengalir juga sebagai sungai keampunan dan sumur pahalanya untuk mak ayah saya di Mahsyar nanti. Alfatihah...

Teruskan membaca roda-roda kehidupan saya disini. Moga kisah-kisah kehidupan saya ini menjadi semangat, inspirasi dan motivasi terutama buat  IBU TUNGGAL di luar sana.





KARYA HAMKA: KATA HIKMAH YANG BUAT HATI MENANGIS





Tentang Buya Hamka


Tak ramai yang tahu, Buya Hamka adalah ulama yang mengajarkan manusia bagaimana bercinta dengan manusia melalui novel novel beliau. Kisah cinta ini bukanlah cinta awang awangan, cinta angan-angan semata-mata. Penuh dengan nilai manusiawi, Hamka mengajak kita mengenal perihal manusia yang setia, jujur, khianat, kejam, dan ihsan apabila bercinta.


Prof. Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih di kenal dengan Buya Hamka. Beliau lahir di Kabupaten Agam, Sumatera Barat, lebih tepatnya di Sungai Batang, Tanjung Raya, pada tanggal 17 Februari 1908. Beliau adalah seorang sastrawan Indonesia, ulama, ahli filsafat, dan aktivis politik. 



Pak Hamka aktif berdakwah 


Pak Hamka aktif berdakwah saat umurnya mencecah 17 tahun. Beliau  merupakan salah seorang guru agama di Tebing Tinggi dan Padang Panjang, menjadi pensyarah di Universiti Islam Jakarta dan Universiti Muhammadiyah, Reaktor Perguruan Tinggi Jakarta dan Pegawai Tinggi Agama Indonesia.

Selain berdakwah, beliau juga aktif berjuang. Pak Hamka merupakan salah seorang yang terlibat dengan pertubuhan Muahmmadiyah dan beliau dilantik menjadi anggota pemimpin pusat Muhammadiyah.

Atas jasa dan karya-karyanya, Buya Hamka menerima anugerah penghargaan, antaranya: 

  • 1958 - Doctor Honoris Causa dari Universitas al-Azhar Cairo 

  • 1958 - Doctor Honoris Causa dari Universitas Kebangsaan Malaysia 

  • Gelar Datuk Indono dan Pengeran Wiroguno dari pemerintah Indonesia.


Walaupun beliau telah lama meninggalkan kita di atas dunia ini, namun jasanya, karyanya, kata-kata nasihatnya masih lagi mendapat perhatian kita yang masih hidup.


Kata hikmah prof Hamka
  • Air mata berasa asin kerana air mata adalah garam kehidupan
(ARTIKEL MENARIK : Kisah Tenggelamnya Kapal Varderwick)

  • Kehidupan itu laksana lautan. Orang yang tiada berhati-hati dalam mengayuh perahu, memegang kemudi dan menjaga layar, maka karamlah ia digulung oleh ombak dan gelombang. Hilang di tengah samudera yang luas. Tiada akan tercapai olehnya tanah tepi.
  • Jangan takut jatuh, kerana yang tidak pernah memanjatlah yang tidak pernah jatuh. Yang takut gagal, kerana yang tidak pernah gagal hanyalah orang-orang yang tidak pernah melangkah. Jangan takut salah, kerana dengan kesalahan yang pertama kita dapat menambah pengetahuan untuk mencari jalan yang benar pada langkah yang kedua.


Kata bijak HAMKA

  • Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup. Kalau bekerja sekadar bekerja, kera juga bekerja.


Karya Hamka

  • Yang takut GAGAL kerana yang tidak pernah GAGAL hanyalah orang-orang yang tidak pernah melangkah.


Karya Hamka
  • Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja. Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir. Dengan jalan menambah kecerdasan akal, bertambah murnilah kemerdekaan berfikir


kata-kata nasihat HAMKA
Kata-kata nasihat prof HAMKA



Kata-kata nasihat prof HAMKA
Kata-kata nasihat prof HAMKA



Kata-kata nasihat prof HAMKA
Kata-kata nasihat prof HAMKA

Buya Hamka lebih suka memilih menulis roman atau cerpen dalam menyampaikan pesan-pesan moral Islam. Beliau meninggal pada usia 73 tahun, di Jakarta, pada tanggal 24 Julai 1981. 

Dalam kita menghayati Kata-Kata Hikmah Hamka. Marilah sama-sama kita hadiahkan Al-Fatihah semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT.

Inilah Misteri Besar Kenapa 1 Mei Disambut Hari Pekerja Sedunia!

Pekerja di AS mengadakan demonstrasi besar-besara
Misteri kenapa hari perkeja 1 Mei


Hari Pekerja 1 Mei


SAYA belek-belek kalendar, dalam hati tertanya-tanya kenapa dalam banyak tarikh di kalendar maka 1 Mei yang dipilih sebagai Hari pekerja?. Pernahkah kita bertanya mengapa 1 Mei digazetkan sebagai Hari Pekerja?

Dulu masa makan gaji yang saya tahu, 1 Mei adalah antara hari cuti yang saya boleh tidur lebih lama sikit...hehehe


1 Mei digazetkan sebagai Hari Pekerja
1 Mei adalah Cuti Umum

Rupanya ada cerita disebalik 1 Mei digazetkan sebagai Hari Pekerja atau Hari Buruh. Kisah terjadi bagi memperingati peristiwa bersejarah di Amerika Syarikat. 


Peristiwa bersejarah di Amerika Syarikat
Peristiwa bersejarah di Amerika Syarikat

Pada 1hb Mei 1886


Sekitar 400,000 pekerja di AS mengadakan demonstrasi besar-besaran untuk menuntut pengurangan jam kerja mereka. Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh, yang diinspirasikan oleh kejayaan Parti Labour 1872 di Kanada, meminta lapan-jam waktu berkerja di Amerika Syarikat.

Meraka mengadakan mogok dan berarak di jalan raya untuk menuntut supaya masa kerja yang tidak menentu dikurangkan dan ditetapkan kepada lapan jam sehari. Pasukan polis Amerika kemudiannya menembak para peserta demonstrasi tersebut sehingga ratusan orang terbunuh dan pemimpinnnya ditangkap dan dihukum bunuh. Ini mengakibatkan mogok umum dan Mogok Haymarket tahun 1886. 




Pada bulan Julai 1889

Kongres Sosialis Dunia yang diadakan di Paris menetapkan peristiwa 1hb Mei sebagai Hari Pekerja Sedunia dan mengeluarkan resolusi bahawa “Satu tindakan di mana semua pekerja di setiap negara pada masa yang sama menuntut agar kerajaan membuat undang-undang untuk mengurangkan jam kerja menjadi 8 jam sehari.”

Resolusi ini mendapat sambutan yang hangat dari pelbagai negara dan sejak tahun 1890, tanggal 1 Mei, yang diistilahkan dengan May Day, disambut oleh pekerja dipelbagai negara, meskipun di sebahagian negara mendapat tekanan keras dari kerajaan masing-masing.


erajaan membuat undang-undang untuk mengurangkan jam kerja menjadi 8 jam sehari,
Undang-undang jam kerja 8 jam sehari


Penetapan waktu kerja 8 jam


Selepas peristiwa hitam itu, Kongres Sosialis Dunia, pada Julai 1889, mengisytiharkan 1 Mei sebagai Hari Pekerja Sedunia dan menuntut semua negara menggubal akta supaya waktu kerja ditetapkan kepada lapan jam sehari.

Sejak 1880, di AS dan Kanada, Hari Pekerja Sedunia disambut pada setiap hari Isnin pertama setiap September walaupun ada beberapa desakan dibuat untuk mengubahnya ke 1hb Mei.

Apa yang jelas, dari sejarah Hari Pekerja Sedunia ini muncul dari rasa ketidakpuasan hati pekerja setelah mereka ditindas dengan kejam oleh para pemilik modal.

Itulah serba sedikit sejarah, jadi kalau orang tanya kenapa 1 Mei hari Pekerja dah tahu dah kan...


Selamat hari Pekerja


“Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja. Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir. Dengan jalan menambah kecerdasan akal, bertambah murnilah kemerdekaan berfikir”

- HAMKA-