Doa membuat kita memiliki harapan dalam menyelesaikan perjalanan

Hidup ini ada pasti ada tujuannya. Diberi sesuatu isu kepada kita pasti ada sebabnya. Melalui berbagai liku hidup pasti bukan saja-saja. Tidak lain, untuk kita fahamkan makna hidup itu sendiri. Baru terjelas arah tuju untuk sampai ke destinasi. 

Ketika suatu hal menjadi mustahil, doa mengubah segalanya. Ketika tiada satupun jalan keluar, doa mengubah segalanya.

Doa membuat kita kuat, doa membuat kita bertahan kala terasa bertambah beban dalam menjalani kehidupan. 

Doa membuat kita memiliki harapan dalam menyelesaikan perjalanan.

Terima kasih Allah atas anugerah rezeki berkat doa anda semua. Moga anda dilimpahi rezeki seperti air yang mengalir tanpa hentinya. 

Jangan Berhenti BERDOA

Amir tidur nyenyak tiap malam sejak amalkankan minum susu C2Joy

SKIZOFRENIA


Rutin amir tiap malam minum susu C2Joy sebelum tidur
Amir tidur nyenyak sejak minum C2Joy


USTAZ Amir dah minum susu?. Memang itu panggilan saya pada amir kerana panggilan yang baik-baik adalah doa apatahlagi kalau dipanggil oleh seorang ibu. 

Rutin amir tiap malam minum susu C2Joy sebelum tidur. Amir tidur jam 9 malam, dan akan nyenyak tidurnya sampai azan subuh berkumandang di radio jam 5 pagi. Inanam jauh dari masjid, jadi kami gunakan radio Sabah FM untuk dengar azan. 

Saya kejutkan amir bangun, liat dan terkebil-kebil mata amir nak bangun. Tiap subuh saya kerahkan bangun, selagi tak bangun solat maka selagi itulah tazkirah subuh saya berkumandang. 

"Bangun ustaz amir, jangan tidur, bangun solat subuh nanti dah masuk kubur boleh tidur lena selamanya. Nak masuk syurga mesti solat. " Kalau belum bangun saya sambung, "Bangun solat tu tanda terima kasih kita pada Allah. Tengok Allah bagi amir macam-macam, ada tilam boleh tidur, ada bilik untuk berehat. Allah sayang amir, bagi rezeki, bagi makanan sebab Allah nak amir sihat. Bangun..sambil saya tepuk-tepuk belakang amir perlahan-lahan." Kadang-kadang amir bingkas bangun ke bilik air, tapi adakala amir duduk lama di tilam. 

Usai solat sunat kalau masih belum bangun saya akan sambung tazkirah, "Bangun ustaz amir pergi ambil wudhu, setan tu dari api, bila ambil wudhu setan kena air baru padam api. Selagi tak bangun, tak ambil wudhu selagi tu setan bersuka ria dan kita rugi." Skrip ni lah yang saya ulang-ulang tiap subuh dalam telinga amir.

Skizforenia

Skizforenia adalah penyakit mental yang berkaitan dengan kecelaruan minda. Namun minda yang bercelaru kalau setiap hari di tanam dengan kata-kata yang positif, lama kelamaan akan tertanam didalam jiwa dan sanubari. Saya mahu amir bangkit dan berjuang, saya mahu dia kuat dan berdikari seperti kedua abang-abangnya. Saya pasak ni dalam fikiran amir setiap hari, sebagai doa dan harapan seorang ibu.


Khasiat susu kolustrum
Khasiat Susu Kolustrum Safe N Joy

Tadi pagi amir bangun awal sebab teruja semalam bukan main laris kacang masako AMIR Food Corner. Ramai yang pm dan share fb.me/amirfoodcornerinanam. 


Alhamdulilah bukan main laris kacang masako AMIR Food Corner.
Alhamdulilah laris kacang Masako


Kacang masako AMIR Food Corner.
Kacang Masako 


Amir belajar online
Amir belajar promote online


Bila Allah takdirkan sesuatu yang kita tak suka, 

Janganlah bersedih.

Bersangka baiklah dengan Allah.

Mungkin ada sesuatu yang Allah nak ajar kita dalam kehidupan.

Perancangan Allah sangat halus.

Carilah hikmah disebalik kejadian.


Inspirasi perjalanan seorang ibu menyantuni anak #skizofrenia yang berjuang untuk pulih.

Anakku Skizofrenia - Tiada yang melindungi dan memelihara melainkan Allah. Dia Maha Tahu takdirNya!.

#SKIZOFRENIA


GERUN juga dalam hati bila dulu amir selalu ketawa dan bercakap sendirian. Adakala dia terjaga dari tidur malam sambil menjerit dan menepuk dada berkali kali. Kemudian bangun dalam keadaan bercakap dengan suara-suara itu. Hanya orang mengalami sakit mental skozifrenia yang tahu dan merasainya dan faham. Amir sedar apa yang dilakukan tetapi tak mampu untuk lawan dan percaya kata-kata negatif itu walaupun palsu. Sangat berat ujian ini untuk amir.


Kata saya ada cara untuk lawan kata-kata tu. Lawan dengan menafikan suara-suara tu. Jangan sesekali membenarkan kata-kata tu. Namun lama-lama amir boleh kalah juga kerana ia semakin kerap dan berulang setiap hari


Ujian ini juga sangat berat bagi saya sebagai ibu yang menjaga, menghadapi dan mengalaminya. Hanya yang menempuh ujian ini yang tahu dan merasainya dengan azab.


Mengurus pesakit mental tidak sama seperti mengurus orang yang sakit secara fizikal. Saya tidak dapat membaca apa yang berada dalam fikiran amir, apa tindak tanduk amir seterusnya. Ia berubah-rubah kerana minda amir bercelaru. Saya mula mencari kunci ketenangan kerana kesannya sangat besar buat amir jika jiwa dan minda saya lemah. Dalam keadaan penuh tekanan dan gangguan perasaan, berulangkali saya jatuh dan bangkit mencari penyelesaian.


Ia proses yang panjang, proses yang ada pasang surutnya. Proses seorang insan yang tidak berputus asa dengan rahmat Allah. Proses yang bersungguh-sungguh untuk mengubah keadaan. Saya mau mencari ketenangan, memikul amanah Allah dengan penuh tanggungjawab. Saya perlu tenang.


Kunci Ketenangan.


Al Qur’an kunci yang membuat jiwa saya tenang dalam menguruskan amir. Saat bertemu kunci ini, setiap kali membacanya membuat jiwa merasa Allah SWT begitu dekat dan ia membuat jiwa saya tenang.


Tidak ada kekuatan yang lebih besar daripada kekuatan Allah SWT dalam menyelesaikan setiap permasalahan manusia. Membaca dan memaham isi Al Qur’an membuat hati kita terasa tenang dan tenteram kerana Allah SWT tidak akan pernah meninggalkan hamba-Nya yang juga ingat kepadanya.


Dengan kekuatan Qalam Allah dan ikhtiar ubat psikotik, membantu amir mengawal suara-suara itu. Kini suara-suara tu semakin jauh dan tidak jelas. Suara-suara yang menganggu amir semakin jarang dan kadangkala menghilang. Namun ia mengambil masa. Syukur Alhamdulilah hari ini amir semakin hari semakin positif pemulihannya.


Bagi penjaga yang menguruskan pesakit mental, adakala kita akan mengalami tekanan dan gangguan perasaan, maka tiap kali jiwa terganggu maka bacalah Qalam Allah. Ia ubat paling mujarab, walaupun kita tidak faham maknanya, namun usahakan untuk membacanya setiap hari. Allah akan beri jalan keluar yang tidak kita sangka-sangka. Yakinlah dengan kebesaran Al-Quran!.

Tiada yang melindungi dan memelihara melainkan Allah. Dia Maha Tahu takdirNya!


Inspirasi perjalanan seorang ibu menyantuni anak #skizofrenia yang berjuang untuk sihat.