Baru-baru ni, saya dan rakan-rakan sama2 bergotong royong membersihkan Bilik Pengurusan Jenazah di Masjid Nurul Hikmah, Bukit Padang.
Allahu Akbar, apabila memasuki bilik jenazah, tersentuh hati ini dan terfikir sejenak suatu hari nanti pasti giliran aku tiba. Allah saja yang tahu perasaan masa tu dan terbayang bagaimana saat jenazah akan dimandikan sebelum diusung ke liang lahad. Ia mengingatkan diri bahawa dunia ini hanya seketika dan pasti liang lahad bersemadinya kita, dengan debu menyelimutinya. Ya Allah, Ampunilah kami hamba-hamba Mu ini....
Lewat seminggu selepas gotong royong, Masjid Nurul Hikmah dalam proses persiapan bagi satu perhimpunan besar IJTIMA' MALAYSIA yang bakal berlansung pada, 9, 10,11 & 12 November 2018. Gerakan dakwah mengajak muslim untuk menjalani Islam dalam kehidupan, dan merupakan kesinambungan dan penerus kerja dakwah Rasulullah S.A.W dan para sahabat baginda.
Sekeliling Masjid Nurul Hikmah sedang sibuk buat kerja pasang khemah. Semoga usaha mereka di berkati ALLAH dan semoga usaha ini menjadi penyebab tersebarnya hidayah ke seluruh Sabah dan seluruh alam. Aminn YRA

Ya Allah, Ampunilah Hamba-Hamba Mu ini |