Masjid Bandar DI Kota Kinabalu berasal daripada sebuah gereja


Pusat ini dikendalikan oleh Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA)
Masjid BANDAR Kota Kinabalu


"Masjid Bandar yang berasal daripada sebuah gereja"


11 April 2018 - JAM menunjukkan tepat pukul 9.30 pagi dan cuaca dingin begitu dirasai di bandar raya Kota Kinabalu yang terletak bersebelahan dengan Laut China Selatan.

Pagi dingin hari Rabu, saya mewakili syarikat Tasly Sabah di Inanam Taipan dalam program berkunjung ke Pusat Tahfiz yang pertama kali dihadiri terletak di bandar Kota Kinabalu. Tidak berapa jauh berjalan saya terpandang sebuah bangunan kuning di atas bukit. Langkah terus diatur dan saya bersama jemaah masjid Nurul Hikmah, Bukit Padang menaiki bukit untuk ke masjid yang terletak di berhampiran padang Bandaran Kota Kinabalu.

Rombongan terdiri dari jemaah wanita Masjid Nurul Hikmah, Bukit Padang  bersama ahli2 PERTIWISA SABAH meraikan pelajar-pelajar tahfiz yang terdiri daripada anak yatim, golongan remaja yang miskin dan tidak mampu meneruskan pembelajaran di peringkat sekolah dan ingin memahami dan mempelajari ajaran Islam. 



Ramai dermawan menyumbang
Saya bersama rombongan jemaah


Aktiviti kemasyarakatan dari Tasly Sabah
Pagi-pagi semua saling membantu



Sumbangan dari Tasly Sabah
Siapkan 25 beg plastic TASLY 




Tasly sabah
Macam,-macam makanan seronok mereka

Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran As-Syafibiyah 

Pusat yang dikenali sebagai Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran As-Syafibiyah (PPTQAS) itu mula ditubuhkan pada 2005 di Kepayan sebelum dipindahkan ke masjid itu ekoran pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu



Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran As-Syafibiyah
Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran As-Syafibiyah 



Gembira tengok wajah anak syurga



Lawatan Tasly Sabah ke Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran As-Syafibiyah
Penulis bersama Anak-anak Tahfiz

Sumbangan dari orang ramai di alu-alukan


Pusat ini dikendalikan oleh Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) ini tidak ada peruntukan bulanan dan cuma menggunakan tabung bulanan selain sumbangan dari orang ramai.

Tambahnya, bantuan orang awam juga amat perlu bagi membesarkan lagi asrama yang menempatkan pelajar tahfiz. Bantuan boleh disalurkan terus kepada pihak USIA dengan datang ke pejabat USIA di alamat Bangunan Ibu Pejabat USIA, Jalan Sembulan, Peti Surat 10316, Kota Kinabalu atau menghubungi  (088) 240151.


Sabda Nabi SAW yang bermaksud, Sesiapa yang membina masjid, Allah SWT akan bina baginya sebuah rumah di dalam syurga. (riwayat Muslim).