Kata-Kata Motivasi Bijak Sang Pujangga


Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali
           

Setiap orang adalah guru bagi diri sendiri. Moga kata-kata bijak  Sang Pujangga dapat menjadi inspirasi untuk kita semua.


  • Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali




  • Bercintalah dengan pelajaran, bertunanglah dengan mengulangkaji, berkahwinlah dengan peperiksaan dan berbulan madulah dengan kejayaan



  • Sekeras keras batu dapat dihancurkan oleh titis air yang lembut. Begitu jua sekeras keras hati dapat ditundukkan oleh jirusan kata-kata lembut




  • Ilmu pengetahuan seumpama perigi di padang pasir dan bintang di malam yang gelap dari itu kejarilah ilmu seberapa daya yang dapat




  • Menilai diri sendiri adalah lebih susah dari menilai 1000 orang lain



  • Akar ilmu itu memangnya pahit tetapi buahnya adalah lazat




  • Melakukan kesilapan itu manusia dan memaafkan kesilapan itu ialah kemanusiaan




  • Bulan menerangi malam, ilmu menerangi hidup




  • Jangan kenangi kesedihan lalu sebaliknya ingatlah kegembiraan mendatang. 




  1. Belajarlah bersungguh sungguh agar kegembiraan yang kita nantikan berhasil